Sajak 'Manusia dan Kesejahteraan' ditulis oleh Salmi Manja terbitan Utusan Zaman pada 1 Januari 1961. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap yang bebas bentuknya. Sajak ini mempunyai beberapa rangkap yang berbentuk quatrain dan serangkap yang berbentuk terzina. Salmi Manja menggunakan beberapa gaya bahasa untuk mengukuhkan maksud sajak ini.
Pertama sekali, penyajak menggunakan beberapa unsur buni seperti asonani vokal ‘e’ dan aliterasi konsonan, ‘t’. Penyakaj mengunakan unsur bunyi ini untuk memberi irama kepada sajak ini. Bukti dapat dicari daripada Rangkap 1 Baris 2(R1B2) untuk asonansi vokal ‘e’,
‘berserta kekejaman mengatasi kedamaian’
dan aliterasi konsonan, ‘t’ boleh dicari daripada R1B3,
‘titik pertemuan menjadi tentangan’
Penyajak juga menggunakan Inversi. Gaya bahasa ini digunakan untuk menambah kepuitisan sajak supaya ia mengikut irama sajak. Ini juga menunjukkan bahwa penyajak ini bijak dan tahu bermain-main dengan perkataan yang hendak dipakai. Bukti-bukti dapat dilihat daripada R4B1,
‘Demi kelak dewasanya anakku’.
Tambahan pula, penyajak menggunakan gaya bahasa hiperbola di dalam sajak ini. Gaya bahasa hiperbola ini memperbesar-besarkan fakta yang benar. Dengan menggunakan gaya bahasa ini, penyajak harap bahawa pembaca boleh melihat betapa serius masalah yang mahu diperhuraikan oleh penyajak ini. Bukti dapat dilihat daripada R1B1,
‘Kelelahan kita semakin parah tenatnya’.
Terdapat juga beberapa gaya bahasa personifikasi yang digunakan didalam sajak ini. Penyajak menggunakan personifikasi untuk memberikan aksi atau perasaan manusia kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa. Bukti dapat dilihat daripada R3B2,
‘ketuaan dunia akan tengglema juga’.
‘Dunia’ di baris di atas diberi sifat kemanusiaan supaya ia boleh menjadi tua dan aksi kemanusiaan yang membenarkan ia tenggelam.
Terakhir sekali, penyajak menggunakan gaya bahasa repetisi. Gaya bahasa repetisi digunakan untuk mengukuh apa yang dikatakan oleh penyajak. Bukti dapat dilihat daripada R5B1-2,
‘Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!’
Perkataan-perkataan, ‘tambah mengimbau sorotan kitab’ diulang dua kali untuk mengukuhkan apa yang dikatakan oleh penyajak di dalam sajak ini. Penyajak mahu pembacanya supaya ingat kepada agama Islam.
Sebagai kesimpulan, Salmi Manja menggunakan beberapa gaya bahasa untuk menolongnya menyebarkan mesej yang tersurat di dalam sajak karyanya.
3a) Sajak 'Lorong Engku Aman' yang ditulis oleh Masuri S.N. bertemakan sebuah negara yang berubah ke arah kemodenan.
3b) Lorong Engku Aman telah berubah ke arah kemodenan. Terdapat beberapa perubahan yang telah berlaku kepada Lorong Engku Aman di dalam sajak ini. Rumah-rumah kampung sudah berubah kepada rumah pangsa. Keluarga juga semakin kecil manakala keluarga dahulu amat besart. Masyarakat di sana juga sudah tidak mesra antara jiran tetangga kerana mereka sudah sibuk dengan urusan masing-masing.
3c) Penyajak, Masuri S.N., amat prihatin dengan kemajuan di Lorong Engku Aman. Lorong Engku Aman sudah banyak berubah dan terdapat beberapa perubahan yang telah ditulis dalam sajaknya.
Pertama sekali, penyajak amat prihatin dengan bangunan-bangunan pangsa yang mengambil tempat rumah-rumah kampung di Lorong Engku Aman. Bukti dariapada sajak boleh dicari daripada rangkap satu baris empat (R1B4),
'Perumahan yang tinggi mencakar'
Tamabahan pula, penyajak juga prihatin dengan keluarga yang semakin kecil. Oleh kerana pemerintah mengeluarkan polisi bahawa keluarga dengan dua ornag anak itu cukup, keluarga-keluarga, yang dahulunya besar, semakin mengecil. Bukti daripada sajak boleh dicari daripada R2B3-4,
'Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna'
Masuri S.N. juga menulis tentang masyarakat yang mula sibuk dengan urusan masing-masing hingga tidak ada masa untuk bermesra dengan jiran tetangga mereka. Bukti daripada sajak ini boleh dicari daripada R3B1-4
'Bicara tak bersuara
bertemu cukup angguk
semua dinamis semua sibuk
urusan ya urusan negara'.
Terakhir sekali, penyajak juga prihatin dengan masyarakat yang sudah sibuk hingga terlupa mereka dengan adat resam kita. Bukti daripada sajak ini dapat dicari daripada R4B1-4
'Hidup jadi padat
buang yang mengikat
adat yang menjerang
di sini tak mendapat tempat'.
Sebagai penutup, kita dapat lihat daripada sajak ini bahawa dengan kemodenan, kita lupa adat resam kita.