Archives
<< current









































sastera
Saturday, March 27, 2010
4a)Huraikan watak Jamal sebagai seoarang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam petikan cerpen ini.

Jamal di dalam petikan cerpen ini merupakan bapa kepada Adli dan Aliza. Dia juga suami kepada Asiah. Terdapat beberapa perwatakan Jamal yang dapat dihuraikan daripada petikan cerpen ini.

Pertama sekali, beliau seorang yang bengis. Beliau menengking dengan garang kepada anak-anaknya kerani mereka tidak lulus dalam peperiksaan mereka. Beliau juga memaki-maki anaknya sendiri kerana tidak lulus dalam peperiksaan. Bukti dapat dilihat daripada, ‘Wajahnya segera berubah bengis dan garang’.

Beliau juga seorang yang prihatin tentang keputusan anak-anaknya. Oleh kerana anak-anaknya tidak lulus dalam peperiksaan, beliau terkial-kial dengan hampa mengapa mereka tidak boleh lulus. Beliau berasa perihatin kerana orkid yang ditumbuhnya sudah mula berbunga, tetapi, anaknya masih belum lulus juga. Nukti dapat dilihat daripada, ‘anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah…!’

Tambahan pula, beliau seorang yang tegas kepada anak-anaknya. Buku Penyata Kemajuan anak-anaknya tidak mahu disainkan kerana mereka tidak lulus. Dengan beliau yang tidak mahu sain, anak-anaknya diharapkan boleh mendapat tahu bahawa ayah mereka tidak mahu melihat kegagalan dalam peperiksaan lagi. Bukti dapat dilihat daripada, ‘ Ayah tak mahu sain’.

Terakhir sekali, beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab ke atas pendidikan anaknya sendiri. Beliau sebagai ayah mereka sepatutnya memberi anak-anaknya buku-buku yang secukupnya untuk pendidikan mereka. Bukti dapat dilihat daripada, ‘ Buku kira-kira Aliza ayah belum beli’.

Sebagai penutup, Jamal merupakan seorang watak yang ada baik-buruknya dalam segi perwatakan sebagai seorang bapa kepada dua anak yang masih kecil dan masih di peringkat sekolah rendah.

4b) Jelaskan perasaan Asiah terhadap orkid yang ditanamnya dan cara dia melayani tanamannya itu,

Asiah berasa bangga terhadap dirinya sendiri kerana bunga orkid yang ditumbuhnya baru mula berkuntum. Dia melayani tanaman orkidnya dengan kasih sayangnya kepada anak-anaknya sendiri. Bukti dapat dilihat daripada, ‘ Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang bari menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja’.

4c)"tapi ... anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah ...!" Jelaskan perkara yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut.

Sebelum Jamal melafazkan ungkapan itu, dia mendapat tahu daripada anaknya, Adli dan Aliza, bahawa mereka gagal di dalam peperiksaan masing-masing. Dengan itu, ia membawa perasaan hampa kepada Jamal dan Asiah. Ini membuatnua marah dan perwatakannya sebagai seorang yang bengis menyebabkannya untuk memarahi anak-anaknya. Bukti boleh dilihat daripada, ' Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main saja?'

Tamabahan pula, Jamal dan Asiah lebih mementingkan orkid mereka sambil lalai dengan tanggungjawab terhadap anak mereka yang jauh lebih penting daripada tanaman orkid mereka. Bukti dapat dilihat daripada, ' Menjadi benar orkid awak Cik Jamal' dan 'Buku kira-kira Aliza ayah belum beli'. Kedua-dua bukti menunjukkan bahawa Cik Jamal lebih mementingkan bunga orkidnya daripada anaknya sendiri. Dengan itu, bunganya akan berkuntum, tetapi anaknya tidak akan menjadi.

Asiah, isteri kepada Jamal dan ibu kepada Adli dan Aliza, mementingkan bunga-bunga orkidnya yang baru mula berkuntum. Dia tidak sekali pun terfikir tentang keputusan anak-anaknya. Walupun anak-anaknya gagal dalam peperiksaan masing-masing, dia seperti tidak kisahkan tentang markah mereka dan lebih mementingkan bunga-bunga orkidnya. Bukti boleh dilihat daripada, '"Marilah kejap," seru Asiah dengan nada suara yang menggambarkan keriangan hati'.

Akhir sekali, Jamal insaf dengan perbuatan dan sedar akan kepentingan pendidikan anak-anaknya. Dia juga sedar akan kepentingan pendidikan anak-anaknya. Dia juga sedar bahawatengkingan itu tidak enak didengari. Bukti dapat dilihat daripada, ' Tapi pagi ini cakap-cakap begitu sudah tidak enak di telinganya' dan ' Dia kecewa dan kesal sekali'.

8:16 AM

Monday, March 1, 2010
hi. Saya Syafiq. Ini blog sasteraku. =)

6:46 AM

This page is powered by Blogger.